PANTUN SERUAN KHAS KEPADA MUDA MUDI

 

Acap – acap di tepi pantai
Buaya ganas melintang kuala
Sebelum ajal berpantang maut
Takkan Melayu hilang di dunia

Anak Cina bermain gasing
Mari bermain di Kota Raja
Bangsa Melayu tidak terpusing
Kerana setia kepada negara

Tanah Melaka tanah pusaka
Tempat lahir panglima negara
Wahai pemudi juga pemuda
Bangunlah kamu mempertahankan negara

Tanah Melayu tanah purba
Tempat berbagai aneka sejarah
Kalau kata telah di kota
Pantang Melayu menyerah kalah