Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan haruslah diserta
Seni
Gayong payung pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purbakala
Ilham menyusun zahir semula
Lembaganya
bersih nyawanya suci
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia junjunglah tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri
Gayong
mencantum bersatu padu
Mengingatkan junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju
Besi
kuning besi kesakti
Anak panah Sang Rajuna
Kembali Gayong kebudayaan asli
Di Tanah Melayu hulubalang tua
Tempana
Nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada rajaku
Taming menyerah keris pusaka
Tempana
nipis asal namaku
Besi tua di Tanah Jawa
Hidup kembali kebudayaan bangsaku
Tidak Melayu hilang di dunia
Majapahit
nama negara
Tempat ratu Raja Jawa
Kalau diguna akal bicara
Kebudayaan Melayu subur semula
Seni
Gayong seni asli
Dari pusaka ibu pertiwi
Umat Melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai
Seni
Gayong sudah terpuji
Dijunjung oleh ibu pertiwi
Pemuda pemudi harus pelajari
Agar Gayong kekal abadi
Seni
Gayong seni Melayu
Tidak senang untuk ditiru
Taat setia untuk mengaku
Supaya menjadi lambang Melayu
Seni
Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga |